PELAKON CERDIK HIDUPKAN CERITA (20 JUN 2011)
Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my
2011/06/20
Mak Dara Nyonya janjikan persembahan tak kering gusi
DI atas pentas, berdiri tiga wajah popular - Sarimah Ibrahim, Misha Omar dan Norzizi Zulkifli. Berkebaya rona terang menyala lengkap bersanggul lintang, namun bukan kostum yang memancing mata untuk mengikuti aksi mereka, sebaliknya lontaran dialog nyonya Indonesia yang sarat dengan jenaka membuatkan khalayak tidak kering gusi.
Ya... Teater Mak Dara Nyonya yang menggabungkan monolog serta mainan emosi mampu diterjemahkan tiga pendukung watak keponakan atau cucu saudara bersifat tamak haloba bagi menonjolkan isu perebutan harta datuk mereka daripada isteri muda si datuk bergelar Nyonya yang selama ini dianggap pengikis, sedangkan ironinya masing-masing punya agenda sendiri. Walau hanya satu babak dipertontonkan kepada media yang hadir pada majlis sidang media sebelum ia dipentaskan pada 6 hingga 12 Julai ini, di Matic Jalan Ampang, ia sudah cukup memberi gambaran betapa meriahnya dan cukup merugikan jika terlepas mengikuti persembahan yang sekali lagi mendapat sentuhan Rosminah Tahir selaku pengarah.
Melengkapkan lagi ‘kekecohan’ ialah penampilan Sherry Syed Abdullah sebagai Nyonya yang begitu ‘kena’ dengan watak. Jika selama ini tugasnya lebih kepada belakang tabir, apabila diberi peluang beraksi, penampilannya memang tidak mengecewakan malah memberi nafas terhadap teater yang sudah dipentaskan sebanyak empat kali itu.
Penerbitnya, Siti Rohayah Attan berkata, pengguguran nama seorang pelakon yang sepatutnya membawakan watak utama disebabkan masalah disiplin mempunyai hikmah apabila barisan yang ada kini termasuk penyampai Hot FM, Fara Fauzana, dilihat sebagai kombinasi sempurna sekali pun berlaku pertukaran watak pada saat akhir.
“Seperti yang saya katakan, pelakon yang ada di pentas sekarang begitu gila-gila membuatkan karektor mereka begitu menjadi walau hanya dalam tempoh dua hari latihan. Seperti Misha dan Sarimah yang pernah bekerja di bawah saya, mereka menjiwai watak, begitu juga Sherry yang cukup kena menonjolkan imej Nyonya selaku wanita yang mengambil kesempatan daripada kekayaan suami.
“Apa yang pasti, pemilihan barisan pelakon memang kena pada setiap watak dan paling penting, mereka cerdik dalam lakonan membuatkan segala-galanya berjalan lancar. Saya yakin latihan intensif hingga hari pementasan nanti mampu menyerlahkan Mak Dara Nyonya dalam versi lebih segar,” katanya mengenai pementasan terbitan CTRA Production.
Penyanyi Pulangkan, Misha, yang membawakan watak Keponakan C mengakui teruja sebaik saja diajukan tawaran beraksi dalam pementasan ini sekali pun terpaksa mengenepikan beberapa undangan lain kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap teater terbabit.
“Cabarannya sangat besar apabila dialog agak panjang membuatkan saya perlu bekerja lebih keras terutama dalam menghafal. Selain memahami kisah ini sepenuhnya, saya akui pasukan yang bagus dan sekepala membuatkan setiap babak dilalui dengan mudah apabila masing-masing saling ‘memberi’ serta mengetahui karakter lawan.
“Jika tidak dibayar sekali pun saya rela bekerja dengan pementasan ini kerana peranan yang diberi cukup berbeza daripada watak pernah saya jayakan, malah impian saya untuk berkongsi pentas dengan Juhara Ayob turut direalisasikan. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu, begitu juga Norzizi yang sudah berada dalam dunia pengarahan teater. Rakan lain termasuk Sarimah, Fara serta pasukan produksi juga banyak membantu,” katanya yang mengakui ia proses pembelajaran yang sangat berharga.
Rezeki Norzizi
BAGI Norzizi, hebahan mengenai Mak Dara Nyonya yang dibaca di dada akhbar mendorongnya menghubungi Rosminah bertanyakan jika ada kekosongan kerana menyifatkan pementasan itu punya tarikan tersendiri. Namun terselit rasa kecewa apabila dikhabarkan setiap watak sudah ada pendukungnya.
Panggilan yang diterima beberapa hari selepas itu membuatkan senyuman pelakon, pensyarah dan penggiat teater itu berbunga semula kerana dimaklumkan watak Keponakan A adalah miliknya.
“Ada sesuatu mengenai teater ini yang membuatkan saya terpanggil untuk menyertainya, apatah lagi selepas bercuti daripada berlakon sejak beberapa tahun lalu untuk menumpukan perhatian terhadap pengajian. Sekembali dari London, saya lebih kepada kerja pengarahan. Jika berlakon pun sekadar watak kecil tetapi Mak Dara Nyonya seakan menarik saya untuk membintanginya.
“Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata terutama bayi enam bulan yang masih menyusu badan, serta pensyarah di universiti, saya perlu bijak membahagikan masa untuk keluarga, kuliah dan latihan.
Kudrat mungkin tidak terjangkau namun saya mencabar diri demi pementasan ini. Sangat menyeronokkan malah saya sendiri tidak sabar menanti harinya,” katanya yang pernah menonton teater berkenaan di Istana Budaya.
Jika pementasan terdahulu memfokus pada kisah Nyonya, teater yang turut meraih kerjasama Jamu Mak Dara, Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Istana Budaya dan Festival KL 2011 itu pula menonjolkan dua cerita berbeza, iaitu menggabungkan kisah hidup nyonya dan ibu Halimah selaku pengasas Jamu Mak Dara.
Diolah dengan indah tanpa mengganggu versi asal, kronologi hidup Mak Dara yang pernah bergelar Ratu Kebaya sebanyak 12 kali juga agak menyedihkan apabila dari sebuah istana, dia hidup merempat hingga pernah berteduh beratapkan kotak. Tetapi berkat didikan anak-anaknya, wanita cekal itu terus berdiri membina semula kehidupannya.
Seperti Nyonya, Mak Dara dipersembahkan secara santai apatah lagi seorang lagi nama popular di arena teater, Juhara Ayob dipertanggungjawabkan menghayati peranan terbabit yang pastinya tidak semudah disangka kerana dipenuhi monolog selain emosi dalaman yang hanya calang-calang pelakon mampu membawakan watak sebegitu.
INFO
ORANG ramai yang mahu mengikuti pementasan ini, tiket boleh didapati pada harga RM32, RM52 dan RM82 dengan membuat tempahan di www.tiket2u.biz atau hubungi 03-41478600 begin_of_the_skype_highlighting 03-41478600 end_of_the_skype_highlighting atau 017-2004249 017-2004249 .

IBU HALIMAH NAMPAK DIRINYA DALAM JUHARA AYOB.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 21 JUN 2011: Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, 67, atau Ibu Halimah mengakui sangat mengagumi lakonan pelakon Juhara Ayob selepas kali pertama menyaksikannya dalam fragmen persembahan sebabak yang telah dipertontonkan di sidang media Teater Mak Dara Nyonya di Hotel Quality, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Malah, Ibu Halimah juga yakin Juhara Ayob merupakan orang yang tepat untuk menggalas watak utama dalam teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), pada 6 hingga 12 Julai depan.
"Terus-terang saya terkejut melihat persembahan dan lakonan yang dibawakan oleh Juhara. Sungguh tak sangka dan menakjubkan. Cara dia membawakan watak saya itu, kelihatan seperti banyak persamaanya walaupun saya difahamkan dia baru sahaja berlatih selama dua hari untuk menjayakan satu babak tersebut.
Hingga tak keterlaluan untuk untuk saya katakan, saya nampak betul diri saya dalam dirinya. Cara pembawakannya sangat berkesan dan sama dengan perwatakan saya tetapi mungkin boleh belajar lebih banyak lagi untuk hasil yang lebih memuaskan,"jelasnya kepada murai.com.my
Tambah Ibu Halimah lagi, pada awalnya, dia mahukan orang yang mempunyai ciri-ciri luaran yang sama dengannya iaitu dari segi warna kulit dan bentuk badan, namun dia terpaksa akur kerana semua itu tak penting untuk sampaikan mesej yang berkesan kepada penonton.
"Memang Juhara Ayob ada dalam barisan pelakon pilihan saya dan produksi. Agak sukar juga untuk memilih yang mana satu pelakon di dalam barisan kita yang layak untuk membawakan watak saya pada awalnya.
"Bayangkan pelakon itu bukan sahaja perlu membawakan watak bagaimana saya menempuh perjalanan hidup untuk menjadi seorang ahli perniagaan malah juga kisah hidup sebenar saya yang berliku ini sebanyak 20 muka surat kesemuanya.
"Namun, akhirnya pihak produksi memberitahu Juhara adalah orang yang layak untuk membawakan watak saya dan saya pun terus setuju. Kalau nak ikutkan saya mahukan orang berkulit sawo matang dan mempunyai bentuk badan seperti saya tetapi saya sedari semua itu tidak penting," tambahnya lagi.
Ibu Halimah yang juga bekas Ratu Kebaya ini turut memberitahu dia sendiri akan bersama-sama dengan Juhara untuk membimbing dan mendekaktkan diri dengannya supaya Juhara dapat lebih menghayati watak yang diabwakan.
"Saya sendiri akan turun padang dan melihat bagaimana perkembangan dan lakonan Juhara. Saya juga akan membimbing apa yang patut supaya dia dapat lebih menghayati dan memahami watak yang dibawakan itu," kata pengasas Jamu Mak Dara itu.
Teater Mak Dara Nyonya arahan Rosminah Tahir yang mendapat tajaan daripada Jamu Mak Dara Sdn Bhd ini nanti merupakan dua buah teater yang dihasilkan dalam satu pementasan. Pementasan teater Mak Dara akan dilakukan secara monolog oleh Juhara Ayob, manakala teater Nyonya akan dijayakan beberapa pelakon lain termasukan Norzizi Zulkifli, Misha Omar serta Sarimah Ibrahim.
Tiket untuk menyaksikan Teater Mak Dara Nyonya ini boleh didapati dengan harga RM32, RM52 dan RM82. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-41478600 begin_of_the_skype_highlighting 03-41478600 end_of_the_skype_highlighting , 012-2977220 begin_of_the_skype_highlighting 012-2977220 end_of_the_skype_highlighting dan 013-6293825 begin_of_the_skype_highlighting 013-6293825 end_of_the_skype_highlighting .
NORZIZI TIDAK MAHU DIBAYANGI KHATIJAH TAN?
Teks oleh Syafiqah Jalal Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 17 JUN 2011: Biarpun diberi watak yang pernah digalas oleh Khatijah Tan, namun pelakon, Norzizi Zulkifli, 35, sedaya upaya tidak mahu lakonannya dibayangi dengan pelakon tersebut menerusi pementasan semula teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), pada 6 hingga 12 Julai depan.
Malah, Norzizi Zulkifli yang memegang watak sebagai Keponakan A mengakui watak yang dipikulnya itu sangat berat serta mencabar, apatah lagi selepas lebih kurang dua tahun dia berehat serta meninggalkan bidang teater.
"Pada awalnya lagi, saya sudah diberitahu yang saya adalah pengganti kepada watak yang sepatutnya dipegang oleh Kak Khatijah Tan dalam teater Nyonya sebelum ini. Cuma bezanya sedikit watak Keponakan A dalam nyonya dikembangkan sedikit sesuai dengan tetater ini yang turut menggabungkan beberapa kisah tentang pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah.
"Saya mendapat tawaran ini pun baru sahaja iaitu dalam akhir bulan Mei yang lalu. Saya terus menerimanya sahaja memandangkan dah lama tak bergerak aktif dalam lakonan teater, tambahan pula diberikan watak sebesar ini. Kali terakhir saya meninggalkan teater pun pada tahun 2009. Sekurang-kurangnya boleh juga lepas gian untuk berlakon teater.
"Namun, terus-terang saya katakan watak ini sangat mencabar dan susah bagi saya. Ianya bukan sahaja menguji stamina saya malah juga kekuatan daya ingatan saya untuk menghafal dialong yang sangat panjang.
"Selain itu, cabaran lain adalah bagaimana saya perlu mencipta dan membina watak ini. Sudah tentu cara pembawakan saya dengan Kak Khatijah Tan berbeza dengan style saya," jelas Norzizi Zulkifli ketika dihubungi oleh murai.com.my
Sementara itu, penerbit CTRA Produksi, Siti Rohayah Atan berkata pemilihan Norzizi amat bersesuaian untuk menggantikan pelakon Khatijah Tan yang pada saat akhir memberitahu tidak dapat memberikan komitmen kepada teater tersebut.
"Selepas sidang media pertama teater Mak Dara Nyonya pada bulan Mei lalu Khatijah Tan terpaksa memberitahu bahawa dia tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam teater ini kerana jadualnya bertindih dengan komitmen lain.
"Jadi, saya terus tidak membuang masa untuk mencari penggantinya. Saya tak fikir panjang kerana secara tidak langsung pada masa itu saya terus teringatkan Norzizi yang kebetulan sudah lama tidak berlakon teater. Lagipun saya tahu dia mampu membawa watak Keponakan A ini.
"Saya juga sarankan dia supaya bawa watak itu mengikut kesesuaian serta kemampuannya sahaja. Saya tahu setiap orang ada cara serta pendekatan mereka masing-masing. Pasti kelainan ini akan membuatkan orang tak sabar untuk menontonnya.
"Ditambah pula dengan pelakon yang pertama kali berlakon teater iaitu Farah Fauzana, saya rasa teater ini akan nampak lebih interesting dan fresh untuk tontonan kelak," jelas Rohayah Attan ketika dihubungi muria.com.my.
Selain Farah Fauzana dan Norzizi, beberapa pelakon popular yang menjayakan teater ini ialah Misha Omar, Sarimah Ibrahim, dan Sherry Syed Abdullah manakala Juhara Ayob mengalas tanggungjawab melakonkan watak Mak Dara.
Teater di bawah kerjasama Matic dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu mengisahkan dua kisah tetater iaitu dari teater Nyonya dan gabungan kisah tentang perjalanan dan kesengsaraan hidup pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah.
Tiket untuk menyaksikan Teater Mak Dara Nyonya ini boleh didapati dengan harga RM32, RM52 dan RM82. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-41478600 begin_of_the_skype_highlighting 03-41478600 end_of_the_skype_highlighting , 012-2977220 begin_of_the_skype_highlighting 012-2977220 end_of_the_skype_highlighting dan 013-6293825 begin_of_the_skype_highlighting 013-6293825 end_of_the_skype_highlighting .
Nota: Itu rambut palsu, OK, bukan rambut Zizie. Berpenat lelah team tatarias menyediakan rupa ini. Apa-apapun, kami berbangga ianya nampak begitu 'real'.

KISAH 'RATU' PANGGUNG (12 JUN 2011)
|
|
DUA nama yang cukup gah dan kuat dalam dunia teater. Penggerak, aktivis dan ‘penari’ watak yang membuahkan kepercayaan bahawa teater itu hidup, inilah antara individunya.
Bersembang dengan Juhara Ayob dan Norzizi Zulkifli, banyak gelak ketawa lantaran mereka mengembara dalam lapangan seni pada asas dan gelanggang yang sama. Nama-nama ini adalah tugu kepercayaan dalam teater, meletakkan arena itu pada lapangan yang serius.
Kini mereka kembali dalam sebuah naskhah arahan Rosminah Tahir yang berjudul Mak Dara Nyonya yang bakal dipersembahkan pada 6 hingga 12 Julai ini. Teater dengan enam karakter lakonan Juhara Ayob, Sherry Abdullah, Misha Omar, Fara Fauzana, Sarimah Ibrahim, Norzizi Zulkifli dan Zaifri Husin akan dipersembahkan di Malaysia Tourism Centre (Matic), Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam. Tanda dagang yang diletakkan pada teater ini berbunyi dua cerita, dua negara, satu pengarah.
Wisran Hadi dan Siti Rohayah Attan bergabung mempersembahkan dua cerita. Mak Dara dan Nyonya diadunkan dalam satu nafas buat penonton. Sebuah naskhah untuk dibuat renungan dan pembelajaran tentang hidup.
Ceritakan serba sedikit tentang watak kalian dalam teater Mak Dara Nyonya ini.
NORZIZI ZULKIFLI (NZ): Watak saya sebagai ‘keponakan A’ ini sukar kerana perlu mempelajari slanga Indonesia. Dalam membuat latihan sekarang, saya sedang mencari watak saya kerana pelbagai karakter boleh dibina dan direka. Keponakan A boleh jadi seorang yang bermulut jahat atau seorang wanita yang dilihat lemah lembut tetapi hati busuk. Kata kuncinya adalah jahat dan pengarah memberi saya ruang untuk membentuk watak saya sendiri.
JUHARA AYUB (JA): Saya membawakan watak Mak Dara yang semestinya sudah dikenali ramai dengan jamu dan bisnesnya. Untuk watak ini saya perlu melakukan persiapan yang rapi. Saya akan menemu ramah sendiri Mak Dara untuk mengenali dengan lebih dekat personalitinya. Saya juga merancang untuk menemuramah anak-anaknya serta individu yang rapat dengan dirinya. Saya mahu selidik perjalanan hidup dan konflik dirinya.
Banyak nama disebut-sebut untuk membawa watak Mak Dara dan akhirnya ia jatuh ke tangan Juhara. Komen sedikit.
JA: Saya sebenarnya sudah lama dengar tentang teater Mak Dara Nyonya ini dan pencarian pelakonnya. Malah saya turut mencadangkan beberapa pelakon untuk pegang watak Mak Dara. Sampai satu peringkat saya mengagak bahawa Rohayah Attan sudah dapat aktres pilihannya. Sampailah Rohayah SMS saya dan menawarkan watak Mak Dara kepada saya. Saya sebenarnya mahu beri peluang juga kepada artis lain untuk mencuba. Malah bangga kalau ada pelakon lain yang mampu melakukannya. Saya tidak kecil hati kerana menjadi pilihan ‘masa-masa terakhir’. Saya faham tidak ramai yang berani untuk bermonolog sebanyak 20 muka surat.
Seperti kata Rohayah Attan, dua teater dalam satu iaitu Mak Dara dan Nyonya ini ada unsur feminisme yang mahu dipertontonkan kepada khalayak. Bagaimana kalian melihat elemen ini?
JA: Watak-watak dalam teater ini mengangkat siapa wanita itu sendiri. Mungkin tafsiran penonton akan melihat sudut positif mahu pun negatif. Saya tidak mahu khalayak datang dengan persepsi selepas menonton ‘teruknya wanita itu’ tetapi sebaliknya melihat di sebalik karakter tersebut. Kekuatan dan kelebihan wanita. Saya juga tidak mahu khalayak hanya melihat kelemahan Mak Dara tetapi sama-sama meneroka masa silamnya dan melihat usaha beliau selama ini. Melihat daripada kacamata positif.
NZ: Kalau melihat karya-karya yang dibawakan oleh Rohayah Attan memang ada unsur feminisme dalamnya dan kali ini dia meneruskan lagi elemen itu dalam Mak Dara Nyonya. Melihat kepada aspek ini, tidak salah kerana tiada aktivis lain yang membawa elemen ini. Saya harap Rohayah teruskan stail ini.
Berbalik kepada pelakon lain yang dicadangkan Juhara untuk watak Mak Dara, bagaimana kalian selaku aktivis teater melihat fenomena menaikkan nama-nama komersial sebagai pelakon utama sesebuah teater?
NZ: Kalau melihat perjalanan sejarah bangsawan, mereka menggunakan bintang untuk menarik perhatian penonton. Sistem bintang atau pelakon filem ini telah lama digunakan. Masa awal saya belajar dahulu, saya ada pandangan prejudis terhadap sistem ini dan bertanya kenapa ia terjadi. Tetapi apabila belajar sejarah, saya faham bahawa ia telah lama digunakan. Tidak salah menggunakan bintang selagi sebuah teater itu diadunkan dengan pelakon teater yang sebenar. Ada yang guna kaedah ini tetapi tidak tahu budaya teater. Saya rasa orang yang bertanggungjawab adalah bahagian pentadbiran teater itu sendiri. Tidak semua bintang tahu budaya teater sebenar. Mungkin perlu ada kuota antara pelakon teater dan bintang dalam sebuah naskhah atau pementasan.
JA: Pelakon perlu tahu kebolehan diri masing-masing. Kalau mampu dan boleh menjadi versatil, kami selaku penggerak teater mengalu-alukan kedatangan kalian. Malah tidak ada perasaan cemburu terhadap bintang-bintang yang menapak dalam arena teater. Kalau mereka berani dan bagus dalam teater, itu sudah dikira bonus. Kita sebagai aktivis teater tahu kehendak dan keperluan naskhah. Berbalik kepada pelakon komersial ini, kalau mereka melakukannya dengan baik, itu bagus. Kalau tidak, itu hanya akan membusukkan nama mereka. Gunakan peluang sebaik mungkin. Saya lihat ada bintang-bintang yang mempamerkan kesungguhan dan kebolehan dalam bidang teater.
Secara logistik, mungkin khalayak lebih terarah untuk menonton di tempat yang berprestij dan mereka tahu. Bagaimana nasib teater-teater bagus di tempat yang mereka tidak biasa pergi?
NZ: Jujurnya, teater yang bagus itu selalu dipertontonkan di skala yang lebih kecil. Didominasi oleh syarikat atau produksi yang kecil. Tetapi ia juga melibatkan bajet yang kecil. Mungkin kerana tidak ada liputan atau promosi yang secukupnya tentang teater di tempat kecil itu maka ia tidak dikenali. Ada nasib yang baik, ia akan dikenali. Selalunya teater di tempat kecil ini dikongsi bersama-sama penggiat teater dan penonton yang kenal dengan produk sebegini.
JA: Industri sekarang ini industri bintang.
Laporan Liza Ramli
Akhirnya, selesai sudah misi pencarian watak utama di dalam teater yang akan dipentaskan tidak lama lagi. Teater yang buat julung kalinya akan dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) ini sebenarnya telah pun menemui teraju utama yang akan mendukung watak utama di dalam teater yang bertajuk Mak Dara Nyonya ini. Teater yang akan dibarisi oleh pelakon-pelakon yang majoritinya adalah golongan wanita ini akan dipentaskan pada 6 hingga 12 Julai 2011 pada jam 8.30 malam.
Secara ringkasnya, sidang media yang diadakan pada 15 Jun yang lalu adalah bertujuan untuk memperkenalkan para pelakon yang akan membintangi pementasan teater ini kelak. Di samping itu juga, pihak CTRA Production yang diterajui oleh Siti Rohayah Atan selaku penerbitnya dan pengarahnya Rosminah Tahir telah memperkenalkan watak dan juga serba sedikit perwatakan utama di dalam teater ini.
Bintang-bintang wanita dengan nama yang tersohor di dalam industri telah melibatkan diri di dalam produksi ini turut mendapat kerjasama dari Persatuan Penulis Wanita (PPWM), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Istana Budaya dan Festival KL 2011. Persoalannnya, siapakah yang akan mendukung watak utama sekaligus bergelar Mak Dara di dalam teater ini?
Juhara Ayob, satu nama yang tidak asing lagi di persada seni dan juga bidang pementasan teater. Selaku pendukung watak utama, Mak Dara di dalam pementasan ini, Juhara sebenarnya masih lagi di dalam proses untuk mencari identiti dan perwatakan yang ada di dalam watak Mak Dara. Watak yang diilhamkan dari watak Ibu Halimah, pengasas jamu Mak Dara (JMD) yang turut hadir ke majlis ini merupakan satu tugas yang berat kerana wataknya perlu dihayati dengan bersungguh-sungguh. Menurutnya yang tampil dengan kebaya ungu pada hari tersebut telah menyatakan bahawa dia sebenarnya sedang melalui tempoh percubaan untuk mencari dan menemui gaya watak yang akan pastinya akan menghafal lebih dialog dari yang lain. Di dalam watak ini juga, Juhara perlu bermonolog panjang dan pastinya ini akan menjadi satu cabaran buat anak seni yang telah melibatkan diri di dalam dunia teater sejak 10 tahun yang lalu.
Selain itu juga, artis wanita yang sering dikaitkan dengan bidang nyanyian, Misha Omar, kini nampaknya semakin jatuh hati dengan bidang teater. Selepas pementasan muzikal Tun Mahathir, nampaknya Misha kini nampaknya lebih aktif berlakon dari menyanyi nampaknya. Sejak kebelakangan ini juga, Misha juga turut berlakon bersama dengan Sarimah Ibrahim, Sherry Syed Abdullah dan juga Norzizi Zulkafli ini ada memberitahu bahawa dia sendiri yang mahu dan menawarkan dirinya sendiri untuk berlakon di dalam pementasan kali ini.
Sarimah Ibrahim juga turut berkongsi pentas dengan tiga wanita lain yang sudah sinonim dengan bidang ini. Nampaknya, bakat lakonan Sarimah tidak dipersia dan melalui sesi perkenalan watak yang berlaku pada hari yang sama ini, lakonan Sarimah memang lucu dan amat menghiburkan. Gabungan serasi antara Misha Omar, Sarimah Ibrahim dan juga Norzizi Zulkafli ini nyata akan membuatkan anda tidak kering gusi melihat aksi anak saudara Nyonya ini merebut harta yang tidak seberapa milik bapa saudara mereka yang kini terlantar sakit di hospital.
Seperti yang telah dikatahui umum, pemilik nama Norzizi Zulkafli nyata mempunyai bakat lakonan yang luar biasa dan amat dikenali dengan kebolehannya menjiwai watak yang pelbagai. Ibu kepada dua orang anak berkelulusan Masters of Fine Arts dari Middlesex University London ini nyata merindui pentas lakonan walaupun kini beliau aktif mengarahkan teater. Kerinduan pada bidang lakonan ini jugalah yang telah membuatkan Norzizi ingin kembali berlakon dan membuat penampilan semula yang khas melalui teater ini. Jikalau sudah namanya anak seni, pastinya semangat yang mengalir di dalam tubuh mereka ini bukan alang kepalang.
Ringkasan mengenai teater yang ditulis oleh seorang penulis dari Indonesia, Wisran Hadi ini mengisahkan mengenai dua cerita dari dua buah negara yang dipaparkan ke dalam satu kisah cerita masyarakat yang diselaputi rahsia dan muslihat yang tersendiri. Gabungan kisah Mak Dara (Malaysia) dan juga kisah Nyonya (Indonesia) ini bersifat humor dan penuh dengan kasih, air mata, luka dan sengsara. Mak Dara yang pernah bergelar Ratu Kebaya sebanyak 12 kali ini melalui kehidupan yang memilukan biarpun pada awalnya hidup dalam kebahagiaan. Beliau kehilangan harta pusaka dan juga kebahagiaan malah paling memilukan, anak-anaknya terpaksa menumpang kasih di rumah bangsa lain untuk meneruskan hidup. Dari seorang ratu yang duduk di dalam istana, Mak Dara menjadi penjaja yang hidup merempat. Namun, ada sinar di dalam hidupnya, berkat anak-anak yang terpelihara akhlaknya.
Kisah nyonya pula dibawa dengan komedi yang sinis. Berperang dengan Tuan, saudagar antik yang merupakan satu-satunya watak lelaki yang wujud di dalam pementasan ini, Nyonya juga perlu berdepan dengan cucu saudaranya yang menuntut harta pusaka sehingga sanggup mengugut untuk membunuhnya sedang datuk saudara mereka masih terlantar di hospital kerana menghidap barah lidah.
Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyaksikan pementasa teater yang dibarisi oleh para pelakon yang hebat dan berbakat ini kelak. Pengarahnya sendiri, Cik Rosminah Tahir pula menggelarkan para pelakon mereka ini sebagai pelakon dengan watak yang gila-gila yang pastinya akan menggamatkan dan menghidupkan lagi pementasan ini. Jadi, jika ingin menonton teater yang penuh dengan kisah hidupan masyarakat yang disulam dengan humor yang kemas, segeralah dapatkan tiket anda di kaunter Ticket2U.
Juhara Mak Dara
Oleh Ramlah Zainal roses@hmetro.com.my
SELEPAS lebih tiga bulan pencarian dijalankan, akhirnya watak utama pengasas produk Jamu Mak Dara (JMD) iaitu Ibu Halimah Shuib dalam pementasan teater Mak Dara Nyonya ternyata berpihak kepada pelakon teater dan drama terkenal tanah air, Juhara Ayob.
Selaku penerbit dan penulis skrip teater ini, Siti Rohayah Atan berkata, walaupun ada beberapa pelakon terkenal bersetuju untuk membawakan watak itu namun pihaknya sepakat memilih Juhara.
“Pemilihan Juhara untuk membawa watak JMD secara tidak langsung memenuhi keinginan dan cadangan wartawan yang menghadiri sidang media teater ini, kira-kira sebulan yang lalu.
“Memang saya ada berbincang dengan beberapa artis terkenal termasuk yang pernah menang anugerah untuk berlakon watak Ibu Halimah, tetapi saya terpaksa berfikir banyak kali.
“Ada juga pelakon yang saya percaya boleh membawakan watak ini, tetapi jadualnya pula tidak mengizinkan. Saya juga tidak berani untuk tawarkan watak ini kepada orang sembarangan kerana bimbang mereka tidak dapat menghayati watak sebagaimana dibayangkan dalam skrip,” katanya.
Ditanya lanjut pemilihan Juhara, 40, kata Siti Rohayah, ia amat tepat kerana pelakon berpengalaman itu cukup dikenali di pentas teater dan mampu membawakan pelbagai watak diserahkan sebelum ini.
“Juhara adalah pensyarah di Aswara dan pernah melakonkan beberapa watak utama dalam teater terbitan CTRA Production iaitu Lantai T Pinkie, Pelayaran Nur Atma, Nyonya dan Bukan Dejavu yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada peminat teater sebelum ini.
“Kalau adapun perubahan yang mungkin dilakukan ialah dari segi penampilan kerana Juhara sudah memakai tudung sejak tiga tahun lalu dan watak Ibu Halimah yang ditampilkan di pentas nanti berusia 67 tahun,” katanya.
Tambahnya, watak Ibu Halimah atau lebih dikenali sebagai Mak Dara membabit�kan teknik teater monolog di mana Juhara perlu menghafal dan merealitikan skrip setebal 20 halaman.
“Dalam monolog itu akan muncul enam watak kecil yang lain. Ini adalah cabaran yang hebat kepada mana-mana pelakon teater berkonsepkan monolog,” katanya.
Di samping kisah pengasas JMD yang berjaya menjadi usahawan terkenal, teater ini turut mengetengahkan kisah Nyonya iaitu perempuan kaya di Indonesia yang berdepan dengan anak saudara yang berebutkan harta.
Naskhah karya penulis Indonesia, Wisran Hadi ini turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Sarimah Ibrahim, Misha Omar, Tania Zainal, Zaifri Husin, Khatijah Tan dan Sherry Syed Abdullah.
Teater Mak Dara Nyonya terbitan CTRA Production dan ditaja JMD Sdn Bhd ini bakal dipentaskan dari 6 hingga 12 Julai ini di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Kuala Lumpur sempena Festival Kuala Lumpur 2011.
Tiket untuk menyaksikan teater ini berharga RM32, RM52 dan RM82. Keterangan lanjut, boleh layari atau hubungi www.ticket2u.biz/www.makdara�nyonya.blogspot.com.

Mak Dara Nyonya Bukan Kerana Untung @ gua.com.my
by Nani | 06 May 2011 |
Pernah bergelar Ratu Kebaya sebanyak 12 kali, namun semua kebahagiaan itu hanya dikecapi buat sementara waktu saja. Daripada seorang Ratu, beliau berubah menjadi seorang penjaja. Begitulah antara pahit getir yang terpaksa diharungi oleh Mak Dara apabila beliau terpaksa merempat dan tinggal di atas kotak setelah kehilangan harta pusakanya.
Kisah penuh emosi dan memilukan ini telah menyentuh sanubari produksi, CTRA Production untuk mementaskan kehidupan pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah dalam teater terbaru mereka berjudul, Mak Dara Nyonya.
“Mak Dara Nyonya merupakan pertembungan karya Malaysia-Indonesia di mana skrip Mak Dara ditulis oleh Siti Rohayah Attan dari Malaysia manakala skrip untuk Nyonya ditulis oleh Wisran Hadi dari Indonesia. Ia merupakan cabaran kepada saya untuk mengangkat karya Malaysia sehebat pengalaman Mak Dara sendiri,” ujar pengarah teater, Rosminah Tahir.
Apa yang istimewanya, majlis pelancaran yang diadakan di Hotel Quality Kuala Lumpur baru-baru ini turut dihadiri oleh Ibu Halimah serta anak lelakinya, Syed Muhammad Gadafi@Habib Syed Ali.
“Terima kasih kepada CTRA kerana nak mementaskan kisah hidup emak saya. Tujuan pementasan ini bukan hendak mencari glamor namun untuk kongsi kehidupan seorang isteri, ibu, wanita dalam membesarkan anak-anaknya.
“Perjalanan hidup ibu macam gelombang air, ada pasang surut. Dengan pementasan ini, ia diharap dapat memberi satu semangat dan pengajaran kepada mereka yang menontonnya,” ujar Habib yang juga merupakan Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn Bhd.
Teater yang merupakan kerjasama antara ASWARA dan MaTiC ini menjadi lebih unik apabila kisah emosi Mak Dara digabungkan dengan unsur humor dalam kisah Nyonya. Ia mengisahkan tentang Nyonya yang sering berperang dengan Tuan, saudagar antik yang cuba mengambil kesempatan membeli harta Nyonya ketika suaminya terlantar di hospital.
Pada masa yang sama, Nyonya terpaksa berhadapan dengan cucu saudaranya yang menuntut harta pusaka sehingga mengugut untuk membunuhnya. Kisah Nyonya dibawa dengan cara komedi tetapi sinis yang semestinya menjanjikan penonton tidak kering gusi apabila menontonnya.
Ketika majlis tersebut berlangsung, penulis skrip Mak Dara, Siti Rohayah Attan turut memberitahu bahawa teater Mak Dara Nyonya yang ditaja oleh Jamu Mak Dara Sdn Bhd ini merupakan teater yang menggunakan kos paling sedikit.
“Terus-terang saya katakan, ini merupakan teater paling murah pernah diadakan iaitu hanya menelan kos sebanyak RM250,000 sahaja. Alhamdulillah, walaupun bajet tak tinggi, namun pelakon yang ditawarkan tidak menolak untuk berlakon dalam teater ini.
“Bagi saya, Mak Dara Nyonya bukan teater komersial. Kami juga menghasilkan pementasan teater ini bukan untuk mengaut keuntungan. Terima kasih yang tak terhingga kepada Ibu Halimah kerana sudi menaja pementasan ini. Pada masa yang sama, kami juga masih mencari penaja lain untuk memeriahkan lagi teater ini.”
Teater Mak Dara Nyonya dibintangi oleh Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Tania Zainal, Zaifri Husin, Khatijah Tan dan Sherry Abdullah. Teater ini bakal dipentaskan di MaTiC, Jalan Ampang pada 6-12 Julai 2011. Tiket berharga RM32, RM52 dan RM82 boleh dibeli secara online di laman web www.ticket2u.biz
......................................................................
Dua Naskhah Dalam Satu Teater @ Gua.com.my
Nani | 05 May 2011 |
Menggabungkan dua buah negara dan memaparkan dua buah kisah dalam satu teater. Itulah antara keunikan serta keistimewaan teater terbaru terbitan CTRA Production berjudul, Mak Dara Nyonya.
Bakal dipentaskan pada 6 hingga 12 Julai 2011 di MaTiC, Jalan Ampang, ‘Mak Dara Nyonya’ mengisahkan tentang perjalanan hidup pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah dari Malaysia serta kehidupan seorang Nyonya dari Indonesia.
“Umum mengetahui pementasan teater ‘Nyonya’ bukan baru lagi kerana ia pernah dipentaskan sebanyak empat kali sebelum ini. Pada dasarnya, ‘Mak Dara Nyonya’ memang tidak berkaitan. Sebenarnya ada dua naskhah dalam satu teater.
“Cerita ‘Nyonya’ ada kelucahannya yang tersendiri, jadi saya gandingkan kedua-dua naskhah ini kerana bagi saya, ia ada keserasian iaitu kombinasi cerita mengenai wanita,” ujar penulis skrip, Siti Rohayah Attan ketika ditemui di majlis pelancaran teater ‘Mak Dara Nyonya’ di Hotel Quality, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jelas Rohayah, faktor bajet bukan sebab mengapa beliau menggabungkan dua kisah dalam satu teater, namun kerana melihat pada kemampuan dirinya, beliau berhasrat untuk mementaskan teater ini secara skala kecil dulu.
“Ada yang meminta saya untuk mementaskan kisah ‘Mak Dara’ dalam satu persembahan yang penuh. Namun, kemampuan saya pada waktu ini tidak mengizinkan. Bagi saya bukan sola bajet tapi kemampuan saya. Saya kena jaga maruah integriti orang teater. Masalah bajet memang tak jadi isu.
“Apa yang saya mampu buat ialah buat dalam skala kecil dulu, kemudian jika mendapat sambutan, kita akan buat cerita yang penuh,” ujar Rohayah yang masih dalam proses menghasilkan skrip teater ini.
“Sukar saya nak gambarkan lagi tentang persembahan teater ini kerana skrip masih tak siap lagi. Bila nak mula buat skrip, ada waktu saya ketawa dan ada waktu saya menangis. Tiga hari, tiga malam saya cuba cungkil kisah kejayaan seorang wanita yang terselit dengan kesengsaraan dan duka lara.”
‘Mak Dara Nyonya’ bakal diarahkan oleh pengarah tersohor, Rosminah Tahir. Pelakon yang bakal membintangi pementasan Nyonya ialah Tania Zainal, Zaifri Husin, Khatijah Tan, Sarimah Ibrahim, Misha Omar dan Sherry Abdullah manakala watak Mak Dara masih dalam pencarian.
Jangan ketinggalan untuk menonton teater Mak Dara Nyonya bermula 6-12 Julai 2011 di MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Tiket berharga RM32, RM52 dan RM82 boleh didapati melalui www.ticket2u.biz . Sebarang keterangan lanjut boleh layari blog rasmi www.makdaranyonya.blogspot.com atau menghubungi talian 03-41478600 begin_of_the_skype_highlighting 03-41478600 end_of_the_skype_highlighting.
..............................................................................
KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan penerbitan teater autobiografi Tun Mahathir, kini CTRA Production bakal mengadakan pementasan Teater Mak Dara Nyonya yang bakal berlangsung pada 6 hingga 12 Julai depan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, di sini.
Teater di bawah kerjasama Matic dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu mengisahkan tentang perjalanan dan kesengsaraan hidup pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah serta kisah seorang nyonya dari Indonesia.
Menurut penerbitnya, Siti Rohayah Attan, bajet teater yang ditaja oleh Jamu Mak Dara Sdn Bhd itu merupakan yang termurah berbanding penerbitan teater-teater lain apabila ia hanya mengeluarkan kos sebanyak RM250,000 sahaja.
"Sebenarnya teater ini bukan untuk komersial ataupun mengaut keuntungan kerana kami sasarkan untuk membuat pementasan berskala kecil.
"Tambah pula ia tidak membabitkan peralatan pentas yang banyak. Sebaliknya teater ini lebih kepada mutu lakonan setiap watak yang menjayakannya.
"Bagaimanapun, kami masih lagi mencari penaja untuk memeriahkan lagi teater ini," katanya.
Tambah Rohayah, pihaknya telahpun mempunyai barisan pelakon bagi menjayakan teater tersebut, cuma masih lagi mecari pelakon sesuai bagi memegang watak Mak Dara.
Antara pelakon yang bakal muncul dalam teater tersebut ialah Misha Omar yang membawa watak Keponakan C, Sarimah Ibrahim (Keponakan B), Khatijah Tan (Keponakan A), Tania Zainal (Nyonya) dan Zaifri Husin (Tuan).
Setakat ini, Rohayah hanya membayangkan Ziana Zain dan Juhara Ayob yang sesuai memegang watak Mak Dara.
"Bagaimanapun, setakat ini kami belum memutuskan apa-apa atau berbincang dengan mana-mana pelakon lagi," ujarnya.
Tiket untuk menyaksikan Teater Mak Dara Nyonya ini boleh didapati dengan harga RM32, RM52 dan RM82. Untuk keterangan lanjutsila hubungi 03-41478600 begin_of_the_skype_highlighting 03-41478600 end_of_the_skype_highlighting, 012-2977220 begin_of_the_skype_highlighting 012-2977220 end_of_the_skype_highlighting dan 013-6293825 begin_of_the_skype_highlighting 013-6293825 end_of_the_skype_highlighting.
.................................................
Sarimah ketagih
WATAK pencerita atau Susur yang dilakonkannya dalam Muzikal Tun Mahathir terbitan CTRA Production pada 21 - 30 Januari lalu di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) meninggalkan impak di hati penonton.
Kemunculan penyanyi, pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim, 33, dalam pementasan itu ternyata menjadi sebutan ramai penggemar teater.
Selepas Muzikal Tun Mahathir, pengacara berdarah kacukan Melayu-Irish ini akui berasa ketagih untuk beraksi lagi di pentas teater.
Justeru, tidak hairanlah, dia tidak berfikir dua kali apabila ditawarkan produser Siti Rohayah Attan untuk beraksi dalam pementasan teater Mak Dara Nyonya pula.
Demi cintanya yang cukup mendalam pada bidang teater, Sarimah tidak kisah mendapat bayaran kecil kerana dia lebih mementingkan ilmu dan kepuasan dalam beraksi secara ‘live’. Apatah lagi watak yang ditawarkan menarik iaitu sebagai perempuan yang tamakkan harta dalam teater terbaru itu.
“Berlakon teater sangat berbeza dengan depan kamera (TV atau filem). Kepuasannya kita dapat secara langsung,” katanya.
Mak Dara Nyonya turut mengangkat kisah pengasas jamu terkemuka, Mak Dara iaitu Ibu Halimah Shuib.
Ia arahan Rosminah Tahir dan bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang pada 6 - 12 Julai depan.
Selain Sarimah, teater itu menampilkan barisan Misha Omar, Tania Zainal (Nyonya), Zaifri Husin (Tuan), Khatijah Tan dan Sherry Abdullah.
Dalam pada itu jauh di sudut hatinya, Sarimah berharap pihak bertanggung jawab akan mewujudkan lebih banyak sekolah dan kelas teater bagi mendidik masyarakat muda mendapat pendedahan mengenai bidang pementasan dan seni.
PROFIl
NAMA SEBENAR: Sarimah Ibrahim
ASAL: Dublin, Ireland
TARIKH LAHIR: 19 Februari 1978
KERJAYA: Pengacara, pelakon dan penyanyi
STATUS: Janda
PENDIDIKAN: A-Levels dan ijazah Psikologi
KELUARGA: Anak sulung daripada empat beradik
PROGRAM TV: Attic Show, Disney Channel, Hits From RIM, Kid@NTV7, Anugerah Juara Lagu 2002, Anugerah Juara Lagu 2003, Entertainment Now!, Prelude Kemuncak AIM, Force pf Nature Concert 2006, Galaksi, Fail Sulit AF, Ikon Malaysia, Ikon Asean dan The Biggest Loser Asia dan Akademi Fantasia (AF)
.................................................
Sarimah masih sendiri
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my2011/04/29
Menaruh harapan ditemukan lelaki sejati, simpan impian menjadi ibu
DI SEBALIK wajahnya yang senyum ceria, terselit hati duka lara. Lincah pergerakannya, petah bicaranya itulah cara Sarimah Ibrahim menyorokkan jiwanya yang bergolak. Menaruh harapan ditemukan lelaki sejati, simpan impian menjadi ibu
DI SEBALIK wajahnya yang senyum ceria, terselit hati duka lara. Lincah pergerakannya, petah bicaranya itulah cara Sarimah Ibrahim menyorokkan jiwanya yang bergolak.
...........Mencari teman pengubat duka
JAUH di sanubarinya, dia teringin sekali untuk bergelar ibu. Andai dipertemukan jodohnya sekali lagi, Sarimah mengimpikan lelaki yang mampu menjadi seorang bapa yang baik. Dia tidak mahu lelaki yang mendekatinya sekadar untuk suka-suka.
Kenyataan itu seakan-akan membayangkan kesunyian hati wanita yang tinggal di kota ini sendirian kerana keluarganya jauh di Ireland. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia cukup teruja melihat kanak-kanak. Lalu dia mahu lelaki yang mendekatinya memiliki perasaan sama.
“Memang saya mengaku ada yang cuba mendekati tetapi kebanyakan mereka memiliki sikap yang pelik. Apabila mengenali saya, mereka inginkan Sarimah yang mereka lihat di kaca televisyen. Mereka seakan tidak boleh menerima apabila karakter saya bertukar. Saya cuma manusia biasa, ada waktunya saya juga bersedih dan ada ketikanya saya juga boleh marah dan kadang-kadang saya juga sakit.
“Tapi mereka seakan tidak boleh terima. Mereka hanya mahukan Sarimah yang sempurna seperti dalam televisyen. Ibaratnya jika hingus saya meleleh, mereka akan tinggalkan saya. Selalunya hubungan saya dengan lelaki hanya baik untuk tempoh sebulan dua, selepas memasuki bulan kedua atau ketiga, ia akan berakhir.
“Saya memang berharap dipertemukan dengan lelaki yang boleh terima diri saya yang sebenar. Bagaimanapun yang penting sekarang, saya mahukan lelaki yang ikhlas sukakan kanak-kanak supaya dia boleh melayan anak kami dengan baik nanti.
“Saya mengaku sedang berkawan dengan beberapa lelaki, tetapi saya masih perlu mengenali hati mereka,” katanya yang berkata luka hatinya sudah terubat.
Saat rumah tangganya dilanda badai, Sarimah akui dirinya bagaikan orang sasau. Pernah terlintas untuk melakukan tindakan bodoh. Hidupnya seakan kosong, tetapi setelah dua tahun, luka itu sudah sembuh sepenuhnya.
Baru-baru ini, ketika terserempak dengan bekas suaminya, Sarimah tidak mempunyai masalah untuk bertegur sapa. Fikirannya bagai sudah diprogram bahawa lelaki yang berada di depannya itu hanyalah rakan lama, sedangkan sebelum ini mereka pernah berkongsi hidup.
Berikutan pengalaman gagal dalam rumah tangga, Sarimah menjadi tempat peminatnya meluahkan perasaan di laman twitter artis itu. Perkara itu membuahkan idea kepadanya menerbitkan sebuah kapsul berkaitan perhubungan cinta dan rumah tangga yang masih lagi dalam perbincangan.
Semangat bermain teater
BUAT sekian kali, dua wanita ini bakal bergandingan dalam sebuah pementasan yang ditangani penerbit sama CTRA Production. Jika sebelum ini mereka hanya memegang peranan kecil dalam muzikal Tun Mahathir. Kali ini, watak yang diberikan kepada mereka untuk Mak Dara Nyonya lebih besar.
Sekalipun tidak dijanjikan bayaran lumayan oleh penerbitnya Siti Rohayah Attan, namun Sarimah Ibrahim dan Misha Omar tetap berbesar hati menerima tawaran daripada penggiat teater itu kerana mengambil kira pengalaman tidak ternilai yang dapat ditimba mereka.
Bertemu dengan mereka baru-baru ini di majlis pelancaran teater yang bakal mengangkat kisah pengasas jamu terkemuka, Ibu Halimah yang terkenal dengan produk jamu jenama Mak Dara, Sarimah rancak bercerita mengenai cita dan keinginan. Manakala, Misha pula lebih banyak berkongsi kisah kerjayanya.
Kedua-duanya mengaku, semangat untuk bermain teater meluap-luap sejak muncul dalam Muzikal Tun Mahathir.
Sarimah berpendapat kerajaan seharusnya mewujudkan lebih banyak sekolah teater supaya masyarakat dapat mengenali dan mempelajari teater dengan lebih mendalam.
“Selepas muzikal Tun Mahathir, saya seperti diserang penyakit ingin naik pentas teater. Saya beritahu kepada penerbit iaitu Kak Roy (Siti Rohayah Attan), saya mahu berlakon jika ada watak yang bersesuaian dengan saya.
“Kebetulan dua bulan lalu, saya diberikan skrip untuk Mak Dara Nyonya, selepas membaca skripnya, saya amat tertarik kerana akan membawakan watak anak saudara yang gilakan harta.
“Saya tak kisah sekalipun Kak Roy kata tidak mampu memberi kami bayaran yang lumayan. Wang memang penting tetapi ada masanya wang bukan segala-galanya nya kerana pengalaman yang dikutip itu lebih penting buat saya,” katanya.
Mak Dara Nyonya diarahkan oleh Rosminah Tahir akan dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang pada 6-12 Julai. Ia menampilkan dua cerita iaitu mengenai pahit getir hidup Mak Dara serta kisah Nyonya yang pernah dipentaskan sebanyak tiga kali sebelum ini.
Selain Sarimah dan Misha, pementasan itu juga akan dibarisi oleh beberapa wajah lain iaitu Tania Zainal pemegang watak Nyona, Zaifri Husin sebagai Tuan, Khatijah Ibrahim dan Sherry Abdullah. Manakala watak Mak Dara masih lagi dalam proses pencarian.
Bukan anak emas
SELEPAS muzikal Gamat, nama Misha dan CTRA Production bagaikan cukup sinonim. Satu demi satu tawaran diterimanya dari syarikat produksi yang sama, namun Misha menafikan dia anak emas Siti Rohayah.
Biarpun tidak dijanjikan bayaran yang lumayan, seperti Sarimah, Misha juga tidak mengharapkan semua itu.
Kata Misha, jika hati tidak ikhlas, jangan melangkah ke dunia teater kerana pentas teater bukan medan untuk membuat duit, sebaliknya ia menjadi tempat untuk menggali ilmu dalam bidang lakonan.
“Saya akan terus berlakon dan berlakon, saya tidak kisah mengenai soal bayaran. Bagi saya, pelakon teater lebih jujur kerana apabila terjun dalam bidang ini, kami perlu korbankan segala-galanya. Ini disebabkan kebanyakan waktu dihabiskan untuk sesi latihan menyebabkan kami tidak boleh menerima tawaran lain dalam satu masa.
“Walaupun pernah melalui pengalaman yang kurang menggembirakan tetapi saya tidak akan sesekali serik. Saya anggap apa saja pengalaman pahit yang pernah saya lalui sebagai satu proses pembelajaran,” kata Misha yang juga akan memegang watak anak saudara untuk naskah Nyonya nukilan Wisran Hadi.
Gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini turut memberitahu, jadualnya hingga hujung tahun ini sudah pun padat terisi. Mei ini, dia akan kembali sibuk di studio untuk merakamkan lagu bagi album keempatnya. Manakala latihan untuk pementasan ini pula akan menyusul pada Jun sebelum pementasannya pada Julai nanti. Single pertamanya pula dijangka akan mula dapat didengari selepas Aidilfitri nanti.

Tapi bajet cipu sahaja
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tapibayaran__8216_ciput__8217_saja/Article/index_html
Oleh Ramlah Zainal. roses@hmetro.com.my
PENERBIT kontroversi, Siti Rohayah Attan bukan saja mencari pelakon yang mampu menjiwai watak seperti dikehendaki skrip, tetapi paling penting sedia menerima bayaran rendah.
Perkara itu ditegaskan Rohayah ketika ditanya isu bayaran kepada pelakon yang akan memegang watak utama dalam teater Mak Dara Nyonya arahan Rosminah Tahir yang bakal dipentaskan Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) di ibu kota jam 8.30 malam pada 6 hingga 12 Julai nanti.
Perkara berkenaan timbul berikutan isu seorang pelakon digugurkan dari pementasan kali kedua teater Tun Mahathir tidak lama dulu kerana meminta bayaran tinggi.
Rohayah mengakui pihak�nya masih mencari pelakon utama untuk watak Mak Dara dalam teater Mak Dara Nyonya, tetapi hanya menawarkan watak itu kepada pelakon yang boleh terima bayaran rendah.
Katanya, pihaknya mencari pelakon wanita yang boleh menjiwai watak Mak Dara seperti dikehendaki skrip kerana watak itu susah apabila pelakon perlu banyak bermonolog dan perlu mampu menjiwai banyak karakter dalam satu masa. “Pemilihan pelakon wanita ini pula perlu menepati kehendak saya dan pengasas Jamu Mak Dara, ibu Halimah Shuib selaku penaja teater ini.
“Kalau nak diikutkan, pelakon wanita yang mendapat tempat di hati Halimah adalah penyanyi Ziana Zain, tetapi saya sendiri tak kisah siapapun asalkan dia pelakon wanita yang ada nama dan mampu bermonolog seperti dikehendaki skrip,” katanya.
Kata Rohayah, teater itu bukan komersial dan jauh sekali untuk mengaut keuntungan.
Malah, katanya, semua barisan pelakon yang menerima tawaran berlakon dalam teater itu iaitu pelakon dan pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim dan penyanyi Misha Omar juga tidak kisah dapat bayaran ‘ciput’ walaupun mereka adalah pelakon yang ada nama di persada hiburan tanah air.
“Kami mencari pelakon wanita terkenal untuk watak utama Mak Dara bagi membantu jualan tiket teater ini nanti. Siapalah yang hendak menonton teater ini jika watak utamanya adalah pelakon wanita yang tidak dikenali?
Justeru, semua pelakon dalam cerita ini adalah barisan pelakon yang tidak berkira soal bayaran dan sama-sama untuk mengangkat bidang teater tanah air. Saya memilih Rosminah sebagai pengarah kerana kami adalah sahabat karib dan sudah susah dan senang bersama-sama sejak dulu,” katanya.
Mengenai jalan ceritanya pula, kata Rohayah, ramai yang bertanya kenapa pihak�nya menampilkan dua cerita berbeza dalam satu pementasan iaitu kisah hidup nyonya dan ibu Halimah.
“Saya ada alasan tersendiri mengenai perkara itu. Biarlah orang nak kata apa pun kerana saya buat dua cerita kerana mengikut kemampuan sendiri.
“Saya sudah berbincang dengan pihak Mak Dara untuk pentaskan teater ini dalam skala yang kecil dulu sebelum buat yang lebih besar.
“Terus terang, bajet untuk teater ini adalah paling rendah dari yang pernah diterbitkan sebelum ini iaitu sebanyak RM250,000 saja. Insya-Allah, jika teater ini mendapat sambutan ramai apabila dipentaskan, kami akan menghasilkan cerita Mak Dara sebagai teater yang penuh pula nanti,” katanya.
Kata Rohayah, pementasan Nyonya sudah dipentaskan sebanyak empat kali iaitu dua kali di bawah arahannya dan dua kali diarahkan Rosminah.
Sebelum ini, Nyonya dipentaskan di Istana Budaya, selepas itu di Seremban, Kuala Lumpur dan sekali lagi di MTC pula.
“Cerita ini ada kelucahannya yang tersendiri. Kali ini dengan menggandingkan cerita Mak Dara pula. Sebenarnya, kami masih menyiapkan skrip untuk teater ini dengan penulis skrip Nyonya, Wisran Hadi. Saya memang berdepan dengan cabaran buat cerita ini.
“Saya menangis hingga bengkak mata dan tidak boleh tidur malam untuk menyiapkan skrip cerita kerana ia memang menyentuh hati saya. Saya juga lahir dari keluarga miskin dan bila dengar kisah hidup ibu Halimah, rupa-rupanya ada orang yang lebih sengsara daripada saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media Mak Dara Nyonya, kelmarin.
Teater ini antara lain bakal membariskan pelakon seperti Tania Zainal, Zaifri Hussein, Khatijah Tan dan Sherry Abdullah.
Hadir sama, pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib dan anaknya yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn Bhd, SM Gaddafi Syed Ali (Habib).
Sarimah pula berkata, dia juga menerima tawaran untuk berlakon dalam teater itu kerana sangat meminati bidang berkenaan.
“Selepas beraksi dalam pementasan Tun Mahathir, saya teringin nak berlakon teater lagi. Justeru, saya terus terima tawaran Kak Roy,” katanya.
“Walaupun ada dapat tawaran buat muzikal yang lebih besar, tapi saya pilih buat teater ini. Saya juga dapat skrip teater ini dua bulan lalu dan tertarik dengan watak diserahkan.
“Saya juga tidak kisah dapat bayaran rendah kerana kepuasan buat teater ini bergantung pada tepukan dan gelak ketawa dari penonton,” katanya yang juga hos eksklusif Astro dan pemilik produksi, Sarimah Sdn Bhd.
Teater diterbitkan CTRA Production ini membabitkan persembahan matinee jam 3 petang pada 9 dan 10 Julai ini. Tiket untuk menyaksikan teater Mak Dara Nyonya ini dijual pada harga RM32, RM52 dan RM82.

.............................................................................
Sarimah Ibrahim Siang-Siang Dah Warning Misha Omar
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=9525&c=1&s=1
Teks: Ellyna Ali. Gambar: Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2011: "Hey Misha! Kau tunggu...! Siap kau nanti..," kata Sarimah Ibrahim memberi amaran sambil menegakkan jari telunjuk ke atas beberapa kali.
Ramai yang terkejut bila Sarimah atau Kak Mah yang sentiasa gila-gila bersikap kerek macam tu. Apa hal pulak ni? Sarimah Ibrahim bergaduh dengan Misha Omar ke?
Rupa-rupanya, Kak Mah acah-acah jer. Dah in character rupanya dengan watak sebagai Keponakan B yang bakal ditanganinya dalam teater Mak Dara Nyonya terbitan CTRA Production.
Sebagai keponakan B, dia akan berusaha untuk merebut harta pusaka bapa saudaranya daripada Nyonya (isteri kepada bapa saudaranya). Dalam waktu yang sama, dia perlu berhadapan dengan saudara-saudaranya yang lain iaitu Keponakan A dan Keponakan C.
Keponakan A akan diterajui oleh Khatijan Tan, manakala Keponakan C pula akan dibawakan oleh Misha Omar.
Sebab itulah, siang-siang lagi Sarimah Ibrahim dah bagi warning pada Misha Omar. Bahawa dalam teater ini, mereka bukan saling berganyang tetapi juga saling berebut harta pusaka. Apapun, Sarimah nyata cukup excited untuk menjayakan pementasan teater Mak Dara Nyonya ini.
"Saya juga telah diberitahu bahawa dalam pementasan teater ini, saya kena membawakan sedikit loghat Indonesia. Sebagai seorang aktor, saya akan cuba untuk mengadaptasi perkara ini. Kerana itu adalah tugas saya.
"Apa yang penting ialah kita kena jaga acting skill. Kalau silap pun, kita kena cover silap kita dan teruskan persembahan macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Sebab kesilapan memang boleh berlaku dalam mana-mana persembahan. Tapi, yang penting, macam mana kita menutupi kesilapan kita itu.
"Kadangkala, kesilapan itu boleh mendatangkan humor pada penonton dan penonton akan tertawa. Semua itu bergantung pada situasi dan keadaan pada masa itu. Sebagai aktor, kita kena cepat bertindak dengan sebarang situasi yang berlaku," katanya kepada murai.com.my.
Jelas Sarimah Ibrahim lagi, kebelakangan ini dia banyak terlibat dengan acara stand up comedy.
"Pada awalnya, saya hanya datang sebagai penonton saja. Tetapi, akhirnya diminta untuk buat persembahan. Saya pun main boh sajalah. Tak sangka ramai pulak yang ketawa bila tengok saya buat lawak.
"Sedikit-sebanyak, ia memberikan keyakinan pada saya untuk beraksi dalam pementasan teater Mak Dara Nyonya ini. Apatah lagi bile teater ini banyak disampaikan dalam bentuk humor dan komedi tetapi penuh sinis. Pasti akan ada adlib-adlib yang terkeluar nanti. Apa pun saya dah sedia dan saya suka dengan pementasan teater yang macam ini (komedi). Saya rasa ia memang forte saya," katanya lagi.
Bagi mencorakkan lagi wataknya sebagai Keponakan B dengan caranya yang tersendiri, Sarimah berkata, dia akan cuba membentuk satu kelainan menerusi wataknya itu.
"Saya akan cuba membawakan pendekatan Jim Carrey di dalam teater ini. Tak pun, saya akan watak sebagai perempuan Indonesia berdarah Irish yang bimbo. Kalau perempuan Indonesia berdarah Belanda yang bimbo pun okey jugakkan? Nanti saya akan bincang dengan pihak produser. Harap-harap, diaorang akan terima cadangan saya itu," katanya lagi sambil tertawa.
Pementasan teater Mak Dara Nyonya arahan Rosminah Tahir ini mengandungi 2 naskhah atau 2 cerita dalam satu pementasan. Teater Mak Dara menceritakan tentang pahir getir seorang bekas Ratu Kebaya bernama Ibu Halimah yang kini adalah pengasas Jamu Mak Dara. Bakal dipentaskan secara monolog, pelakon yang bakal memegang beberapa watak termasuk Mak Dara masih belum diketahui.
Manakala, Nyonya hasil nukilan Wisran Hadi yang pernah dipentaskan beberapa kali sebelum ini dibarisi oleh pelakonseperti Tania Zainal, Zaifri Husin, Sherry Abdullah, Khatijah Tan, Misha Omar termasuklah Sarimah Ibrahim sendiri.
Ia bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur pada 6 hingga 12 Julai ini setiap jam 8.30 malam. Persembahan matinee pada jam 9 & 10 Julai 2011, jam 3 petang. Harga tiket adalah RM32, RM52, RM82. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 03-41478600/012-2977220/013-6293825.

.........................................................................................................
Siapa Pelakon Yang Layak Pegang Watak Mak Dara?
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=9524&c=2&s=3
27 APRIL 2011: Murai Batu dengar kecoh betul Sidang Media Teater Mak Dara Nyonya anjuran CTRA Production yang telah berlangsung di Hotel Quality, Kuala Lumpur, petang semalam.
Apa tidaknya, penerbitnya Siti Rohayah Attan telah membuatkan kebanyakan wartawan tertanya-tanya siapakah yang akan memegang watak sebagai Mak Dara dalam pementasan teater tersebut.

Watak Mak Dara yang ditonjolkan dalam pementasan teater ini adalah berkisar tentang watak Ibu Halimah iaitu pengasas Jamu Mak Dara. Ia bukan saja menceritakan tentang jatuh bangun bekas Ratu Kebaya ini dalam perniagaannya semata-mata.
Sebaliknya, ia juga turut menceritakan liku-liku hidupnya yang penuh dengan suka duka iaitu tentang zaman kejatuhannya selepas menjadi Ratu Kebaya, bagaimana disunting oleh kerabat di Raja tetapi dia menolak lamaran tersebut, sesudah berkahwin, selepas beranak, suami dikebas wanita lain, keluarga berpecah dan saat-saat dia membina hidup dengan tinggal di rumah kotak, di bengkel dan si stesen bas mini.
Namun, berkat kesabarannya itu, Ibu Halimah telah pun menjadi seseorang yang cukup berjaya dalam hidupnya. Hingga dia menjadi inspirasi kepada kebanyakan wanita di luar sana, tidak kiralah dalam usia apa pun.
Apapun, persoalannya, siapa yang bakal membawakan watak sebagai Mak Dara ni? Kalau ikutkan pada Ibu Halimah aka Mak Dara, dia mahukan Ziana Zain yang menjadi dirinya nanti.
Tapi, adakah Ziana Zain punya kelapangan untuk main teater sekarang ini. Lebih-lebih lagi bila teater arahan Rosminah Tahir yang mendapat tajaan daripada Jamu Mak Dara Sdn Bhd ini nanti bakal dipentaskan pada 6 hingga 12 Julai 2011 ini.
Kemudian, yang bawakan watak sebagai Mak Dara ini juga nanti harus bermonolog panjang menerusi skrip lebih kurang 10 hingga 12 halaman. Tak cukup dengan itu, yang pegang watak Mak Dara ini juga kena bawakan pelbagai watak lain. Mungkin 5. Mungkin 10. Segalanya terletak di tangan Si Rohayah Attan selaku penulis skripnya nanti.
Ada yang berpendapat Juhara Ayob adalah calon yang paling layak. Kredibilitinya sebagai pelakon teater yang bijak bermain dengan dialog serra ruang pentas memang tidak dapat disangkal lagi. Tak kurang juga yang menyebut nama Umie Aida serta Vanidah Imran.
Malah, ada juga yang menyarankan nama Fasha Sandha berdasarkan kepada komitmen serta peningkatannya terhadap penghayatan setiap watak yang ditonjolkannya dengan begitu berkesan sejak akhir-akhir ini.
MURAIBATU: Susah-susah, suruh sajalah n Kak Jah Kuala Nerang yang jadik Mak Dara. Tak pun, Siti Rohayah Attan atau Kak Roy. Sesuai gitu?