Dua cerita,
Dua negara,
Satu pengarah,
SAKSIKAN….
Cerita masyarakat yang diselaputi rahsia & muslihat
Kasih dan air mata
Luka dan sengsara…
Gabungan kisah Mak Dara (Malaysia) dan Nyonya (Indonesia) ini bersifat humor dan penuh emosi. Bergelar Ratu Kebaya sebanyak 12 kali, Mak Dara menjalani kehidupan yang memilukan biarpun pada awalnya hidup dalam kebahagiaan. Beliau kehilangan harta pusaka dan kebahagiaan malah paling memilukan, anak-anak beliau terpaksa menumpang kasih di rumah bangsa lain. Daripada seorang Ratu, beliau menjadi penjaja. Dari sebuah istana, beliau hidup merempat, seringkali hanya tinggal di dalam kotak. Namun, ada sinar menerangi hidupnya, berkat anak-anak yang terpelihara akhlaknya.
Kisah Nyonya pula dibawa dengan cara komedi tetapi sinis yang menjanjikan penonton tidak kering gusi. Beliau ‘berperang’ dengan Tuan, seorang saudagar antik, yang mengambil kesempatan semasa suami Nyonya terlantar di hospital akibat barah lidah untuk membeli harta Nyonya. Dari batu mamar di perkarangan rumah hingglah meja makan, tempat tidur dan beliau akhirnya ingin membeli betis dan lutut Nyonya. Pada masa yang sama, Nyonya berhadapan dengan cucu saudaranya yang menuntut harta pusaka sehingga mengugut untuk membunuhnya.