Pengumuman: Persembahan 9 Julai 2011 Dibatalkan

Salam hormat. Persembahan pada 9 Julai 2011 terpaksa dibatalkan atas sebab keselamatan gara-gara Himpunan Demo BERSIH. Persembahan tambahan akan diadakan pada 10 Julai 2011, 3.00 pm. Pemegang tiket 9 Julai boleh menukarkan tiket mereka ke mana-mana tarikh pilihan yang lain ataupun meminta pulangan wang. Hubungi Ticket2u di talian 03-4147 8600. Kami meminta maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Monday, June 20, 2011

Ibu Halimah Nampak Dirinya Dalam Juhara Ayob

Ibu Halimah Nampak Dirinya Dalam Juhara AyobTeks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 21 JUN 2011: Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, 67, atau Ibu Halimah mengakui sangat mengagumi lakonan pelakon Juhara Ayob selepas kali pertama menyaksikannya dalam fragmen persembahan sebabak yang telah dipertontonkan di sidang media Teater Mak Dara Nyonya di Hotel Quality, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Malah, Ibu Halimah juga yakin Juhara Ayob merupakan orang yang tepat untuk menggalas watak utama dalam teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), pada 6 hingga 12 Julai depan.
"Terus-terang saya terkejut melihat persembahan dan lakonan yang dibawakan oleh Juhara. Sungguh tak sangka dan menakjubkan. Cara dia membawakan watak saya itu, kelihatan seperti banyak persamaanya walaupun saya difahamkan dia baru sahaja berlatih selama dua hari untuk menjayakan satu babak tersebut.
Hingga tak keterlaluan untuk untuk saya katakan, saya nampak betul diri saya dalam dirinya. Cara pembawakannya sangat berkesan dan sama dengan perwatakan saya tetapi mungkin boleh belajar lebih banyak lagi untuk hasil yang lebih memuaskan,"jelasnya kepada murai.com.my
Tambah Ibu Halimah lagi, pada awalnya, dia mahukan orang yang mempunyai ciri-ciri luaran yang sama dengannya iaitu dari segi warna kulit dan bentuk badan, namun dia terpaksa akur kerana semua itu tak penting untuk sampaikan mesej yang berkesan kepada penonton.
"Memang Juhara Ayob ada dalam barisan pelakon pilihan saya dan produksi. Agak sukar juga untuk memilih yang mana satu pelakon di dalam barisan kita yang layak untuk membawakan watak saya pada awalnya.
"Bayangkan pelakon itu bukan sahaja perlu membawakan watak bagaimana saya menempuh perjalanan hidup untuk menjadi seorang ahli perniagaan malah juga kisah hidup sebenar saya yang berliku ini sebanyak 20 muka surat kesemuanya.
"Namun, akhirnya pihak produksi memberitahu Juhara adalah orang yang layak untuk membawakan watak saya dan saya pun terus setuju. Kalau nak ikutkan saya mahukan orang berkulit sawo matang dan mempunyai bentuk badan seperti saya tetapi saya sedari semua itu tidak penting," tambahnya lagi.
Ibu Halimah yang juga bekas Ratu Kebaya ini turut memberitahu dia sendiri akan bersama-sama dengan Juhara untuk membimbing dan mendekaktkan diri dengannya supaya Juhara dapat lebih menghayati watak yang diabwakan.
"Saya sendiri akan turun padang dan melihat bagaimana perkembangan dan lakonan Juhara. Saya juga akan membimbing apa yang patut supaya dia dapat lebih menghayati dan memahami watak yang dibawakan itu," kata pengasas Jamu Mak Dara itu.
Teater Mak Dara Nyonya arahan Rosminah Tahir yang mendapat tajaan daripada Jamu Mak Dara Sdn Bhd ini nanti merupakan dua buah teater yang dihasilkan dalam satu pementasan. Pementasan teater Mak Dara akan dilakukan secara monolog oleh Juhara Ayob, manakala teater Nyonya akan dijayakan beberapa pelakon lain termasukan Norzizi Zulkifli, Misha Omar serta Sarimah Ibrahim.
Tiket untuk menyaksikan Teater Mak Dara Nyonya ini boleh didapati dengan harga RM32, RM52 dan RM82. Untuk keterangan lanjut sila hubungi             03-41478600      ,             012-2977220       dan             013-6293825      .

No comments:

Post a Comment