Oleh AMIRUL HASWENDY ASHARI
haswendy@hmetro.com.my
haswendy@hmetro.com.my
MEREKA antara penggiat teater yang dikenali. Dalam dunia pementasan teater yang rata-rata dikuasai kaum Adam, nama Juhara Ayob dan Norzizi Zulkifli bukan asing.
Nama mereka dilakar di serata ceruk pentas teater kecil dan besar. Malah menghiasi kaca televisyen dalam slot drama dan telemovie tempatan.
Namun, sejak beberapa tahun lalu, kedua-dua nama ini tenggelam timbul dan jarang diperkatakan hingga kedengaran suara sumbang mengatakan mereka berdua terkubur dek lambakan bakat baru ke dalam industri lakonan.
Pun begitu, selepas kali terakhir bergandingan sama dalam pementasan Intan Yang Tercanai pada 2009, Juhara dan Nurzizi kembali ke pentas untuk Mak Dara Nyonya pada 6 hingga 12 Julai ini di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur, sempena Festival Kuala Lumpur 2011.
“Walaupun pada waktu ini saya sibuk dengan teater bangsawan, saya sebenarnya bertahun-tahun tidak berlakon. Terus terang, saya sangat teringin untuk beraksi semula di pentas teater.
“Malah ketika menerima tawaran untuk memegang watak Keponakan A dalam Nyonya, saya sepatutnya dijadualkan menghadiri persidangan berkaitan kertas kerja kerjaya saya di Sarawak.
“Saya siap dah tempah tiket kapal terbang dan terfikir mahu melanjutkan lawatan saya ke Sarawak untuk menghadiri Rainforest World Music Festival tidak lama lagi.
“Namun kerana ‘gian’ nak berlakon semula, semua itu saya terpaksa korbankan,” dedah Nurzizi, pensyarah teater lulusan Universiti Middlesex, London.
Anak pasangan pelakon Zulkifli Zain dan Normala Omar ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Apatah lagi dia penyambung warisan pasangan itu dalam bidang seni tempatan.
Bagaimanapun, sejak pulang dari London pada 2006, dia dilihat seolah-olah meninggalkan kerjaya pelakon dan menumpukan bidang pengarahan teater yang disifatkan memberi lebih kepuasan.
“Saya memang mahukan ‘title’ pengarah tapi sesekali saya perlu juga mengambil peluang untuk berlakon sebagai kaedah untuk menggilap kembali bakat yang lama ditinggalkan,” katanya yang bakal mengarah dua pementasan berskala besar sebelum penghujung tahun ini.
Berbeza pula dengan Juhara, pelakon teater yang boleh dianggap Ratu Teater. Tanpa berselindung, dia mengakui bidang pengarahan bukan ‘jiwanya’ dan lebih selesa berdiri di atas pentas berbanding duduk di kerusi pengarah.
“Bukan tidak pernah diberi peluang mengarah tapi saya rasa lebih baik saya hanya ikut saja apa kata pengarah,” katanya dalam tawa kecil.
Halus nada suaranya jelas kerana Juhara memang tampak sangat selesa berada di kelasnya sendiri. Lihat saja lagaknya sebagai Pinkie dalam Lantai T Pinkie sungguh mengasyikkan.
Atau pembawakan jiwa wanita yang mencari sinar dalam cahaya suram melalui Pelayaran Nur Atma atau sebagai janda Nyonya yang terpaksa berdepan masalah perebutan harta dan godaan lelaki miang.
Begitu juga sebagai pelacur dalam Bukan Dejavu, semuanya tampak sebati dalam setiap lagak dan gaya Juhara sebagai anak teater.
“Ramai beranggapan saya meletakkan tanda noktah dalam dunia lakonan walhal tidak. Saya masih berlakon seperti biasa. Dulu saya berehat seketika untuk menyambung pelajaran di IPT.
“Kebetulan tamat saja belajar, saya terus ditawarkan berlakon. Saya baru saja habis menjalani penggambaran sitkom 13 episod Keluarga Adam yang akan ke udara di TV Al-Hijrah dan kini memberi tumpuan kepada teater pula.
“Mungkin selepas habis teater ini saya akan sambung ke lakon TV semula,” katanya yang kini menghiasi slot Zehra di TV3 dalam drama bersiri Keranamu Laila setiap Jumaat sejak April lalu.
Sembang SELEBRITI bersama dua wanita itu dipenuhi gelak tawa. Namun dalam hilai tawa terselit pendapat serius mengenai kewujudan ‘bintang’ dalam elemen teater.
Apatah lagi, sejak istilah teater mula dikenali di segenap lapisan masyarakat. Ramai ‘bintang’ komersial mula dipancing untuk beraksi di tempat itu. Tidak kurang ada juga ‘bintang’ yang sengaja memakan umpan supaya mereka terus dikenali.
“Situasi itu dah wujud sejak zaman bangsawan lagi. Memang tidak salah menggunakan artis ‘star’, tapi kena bijak mengadunkannya dengan kelompok teater lain.
“Apatah lagi elemen kekaguman menambah kedatangan penonton ke pentas teater,” kata Nurzizi yang berpendapat kewujudan artis kategori ‘bintang’ perlu diberi kuota tertentu supaya kualiti dan keunikan teater itu dapat dijaga.
Pendapat sama turut dikongsi Juhara yang percaya ada penonton datang ke pentas teater kerana artis itu sendiri. Lagipun, Juhara yang bakal membawa watak Mak Dara dalam pementasan itu berkata, tujuan sebuah pementasan ialah untuk ditonton.
“namun pelakon itu perlu tahu kebolehannya. Kami (warga teater) memang suka pelakon komersial yang boleh mencakupi semua aspek lakonan. Boleh ke filem, kemudian drama TV dan seterusnya teater. Ia memang satu bonus! “Mereka daripada filem sangat beruntung kerana dapat diterima dan boleh ke pentas teater bila-bila masa saja. Cuma sayangnya, ada segelintir pelakon komersial tidak mahu ‘tone down’ untuk berada pada satu tahap dengan pelakon teater.
“Ia kerana disiplin teater sangat berbeza dengan lakon drama TV mahupun filem,” katanya yang kasihan pada mereka yang mensia-siakan bakat dan peluang diberi.
Pun begitu, mereka tetap bersyukur kerana teater kini berada di tahap tertinggi dan dikenali semua golongan. Lantas istilah teater miskin yang pernah menjadi antara pengkelasan awal teater tempatan berjaya dihapuskan.

No comments:
Post a Comment