Laporan Liza Ramli
Akhirnya, selesai sudah misi pencarian watak utama di dalam teater yang akan dipentaskan tidak lama lagi. Teater yang buat julung kalinya akan dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) ini sebenarnya telah pun menemui teraju utama yang akan mendukung watak utama di dalam teater yang bertajuk Mak Dara Nyonya ini. Teater yang akan dibarisi oleh pelakon-pelakon yang majoritinya adalah golongan wanita ini akan dipentaskan pada 6 hingga 12 Julai 2011 pada jam 8.30 malam.
Secara ringkasnya, sidang media yang diadakan pada 15 Jun yang lalu adalah bertujuan untuk memperkenalkan para pelakon yang akan membintangi pementasan teater ini kelak. Di samping itu juga, pihak CTRA Production yang diterajui oleh Siti Rohayah Atan selaku penerbitnya dan pengarahnya Rosminah Tahir telah memperkenalkan watak dan juga serba sedikit perwatakan utama di dalam teater ini.
Bintang-bintang wanita dengan nama yang tersohor di dalam industri telah melibatkan diri di dalam produksi ini turut mendapat kerjasama dari Persatuan Penulis Wanita (PPWM), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Istana Budaya dan Festival KL 2011. Persoalannnya, siapakah yang akan mendukung watak utama sekaligus bergelar Mak Dara di dalam teater ini?
Juhara Ayob, satu nama yang tidak asing lagi di persada seni dan juga bidang pementasan teater. Selaku pendukung watak utama, Mak Dara di dalam pementasan ini, Juhara sebenarnya masih lagi di dalam proses untuk mencari identiti dan perwatakan yang ada di dalam watak Mak Dara. Watak yang diilhamkan dari watak Ibu Halimah, pengasas jamu Mak Dara (JMD) yang turut hadir ke majlis ini merupakan satu tugas yang berat kerana wataknya perlu dihayati dengan bersungguh-sungguh. Menurutnya yang tampil dengan kebaya ungu pada hari tersebut telah menyatakan bahawa dia sebenarnya sedang melalui tempoh percubaan untuk mencari dan menemui gaya watak yang akan pastinya akan menghafal lebih dialog dari yang lain. Di dalam watak ini juga, Juhara perlu bermonolog panjang dan pastinya ini akan menjadi satu cabaran buat anak seni yang telah melibatkan diri di dalam dunia teater sejak 10 tahun yang lalu.
Selain itu juga, artis wanita yang sering dikaitkan dengan bidang nyanyian, Misha Omar, kini nampaknya semakin jatuh hati dengan bidang teater. Selepas pementasan muzikal Tun Mahathir, nampaknya Misha kini nampaknya lebih aktif berlakon dari menyanyi nampaknya. Sejak kebelakangan ini juga, Misha juga turut berlakon bersama dengan Sarimah Ibrahim, Sherry Syed Abdullah dan juga Norzizi Zulkafli ini ada memberitahu bahawa dia sendiri yang mahu dan menawarkan dirinya sendiri untuk berlakon di dalam pementasan kali ini.
Sarimah Ibrahim juga turut berkongsi pentas dengan tiga wanita lain yang sudah sinonim dengan bidang ini. Nampaknya, bakat lakonan Sarimah tidak dipersia dan melalui sesi perkenalan watak yang berlaku pada hari yang sama ini, lakonan Sarimah memang lucu dan amat menghiburkan. Gabungan serasi antara Misha Omar, Sarimah Ibrahim dan juga Norzizi Zulkafli ini nyata akan membuatkan anda tidak kering gusi melihat aksi anak saudara Nyonya ini merebut harta yang tidak seberapa milik bapa saudara mereka yang kini terlantar sakit di hospital.
Seperti yang telah dikatahui umum, pemilik nama Norzizi Zulkafli nyata mempunyai bakat lakonan yang luar biasa dan amat dikenali dengan kebolehannya menjiwai watak yang pelbagai. Ibu kepada dua orang anak berkelulusan Masters of Fine Arts dari Middlesex University London ini nyata merindui pentas lakonan walaupun kini beliau aktif mengarahkan teater. Kerinduan pada bidang lakonan ini jugalah yang telah membuatkan Norzizi ingin kembali berlakon dan membuat penampilan semula yang khas melalui teater ini. Jikalau sudah namanya anak seni, pastinya semangat yang mengalir di dalam tubuh mereka ini bukan alang kepalang.
Ringkasan mengenai teater yang ditulis oleh seorang penulis dari Indonesia, Wisran Hadi ini mengisahkan mengenai dua cerita dari dua buah negara yang dipaparkan ke dalam satu kisah cerita masyarakat yang diselaputi rahsia dan muslihat yang tersendiri. Gabungan kisah Mak Dara (Malaysia) dan juga kisah Nyonya (Indonesia) ini bersifat humor dan penuh dengan kasih, air mata, luka dan sengsara. Mak Dara yang pernah bergelar Ratu Kebaya sebanyak 12 kali ini melalui kehidupan yang memilukan biarpun pada awalnya hidup dalam kebahagiaan. Beliau kehilangan harta pusaka dan juga kebahagiaan malah paling memilukan, anak-anaknya terpaksa menumpang kasih di rumah bangsa lain untuk meneruskan hidup. Dari seorang ratu yang duduk di dalam istana, Mak Dara menjadi penjaja yang hidup merempat. Namun, ada sinar di dalam hidupnya, berkat anak-anak yang terpelihara akhlaknya.
Kisah nyonya pula dibawa dengan komedi yang sinis. Berperang dengan Tuan, saudagar antik yang merupakan satu-satunya watak lelaki yang wujud di dalam pementasan ini, Nyonya juga perlu berdepan dengan cucu saudaranya yang menuntut harta pusaka sehingga sanggup mengugut untuk membunuhnya sedang datuk saudara mereka masih terlantar di hospital kerana menghidap barah lidah.
Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyaksikan pementasa teater yang dibarisi oleh para pelakon yang hebat dan berbakat ini kelak. Pengarahnya sendiri, Cik Rosminah Tahir pula menggelarkan para pelakon mereka ini sebagai pelakon dengan watak yang gila-gila yang pastinya akan menggamatkan dan menghidupkan lagi pementasan ini. Jadi, jika ingin menonton teater yang penuh dengan kisah hidupan masyarakat yang disulam dengan humor yang kemas, segeralah dapatkan tiket anda di kaunter Ticket2U.

No comments:
Post a Comment