Teks oleh Syafiqah Jalal Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 17 JUN 2011: Biarpun diberi watak yang pernah digalas oleh Khatijah Tan, namun pelakon, Norzizi Zulkifli, 35, sedaya upaya tidak mahu lakonannya dibayangi dengan pelakon tersebut menerusi pementasan semula teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), pada 6 hingga 12 Julai depan.
Malah, Norzizi Zulkifli yang memegang watak sebagai Keponakan A mengakui watak yang dipikulnya itu sangat berat serta mencabar, apatah lagi selepas lebih kurang dua tahun dia berehat serta meninggalkan bidang teater.
"Pada awalnya lagi, saya sudah diberitahu yang saya adalah pengganti kepada watak yang sepatutnya dipegang oleh Kak Khatijah Tan dalam teater Nyonya sebelum ini. Cuma bezanya sedikit watak Keponakan A dalam nyonya dikembangkan sedikit sesuai dengan tetater ini yang turut menggabungkan beberapa kisah tentang pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah.
"Saya mendapat tawaran ini pun baru sahaja iaitu dalam akhir bulan Mei yang lalu. Saya terus menerimanya sahaja memandangkan dah lama tak bergerak aktif dalam lakonan teater, tambahan pula diberikan watak sebesar ini. Kali terakhir saya meninggalkan teater pun pada tahun 2009. Sekurang-kurangnya boleh juga lepas gian untuk berlakon teater.
"Namun, terus-terang saya katakan watak ini sangat mencabar dan susah bagi saya. Ianya bukan sahaja menguji stamina saya malah juga kekuatan daya ingatan saya untuk menghafal dialong yang sangat panjang.
"Selain itu, cabaran lain adalah bagaimana saya perlu mencipta dan membina watak ini. Sudah tentu cara pembawakan saya dengan Kak Khatijah Tan berbeza dengan style saya," jelas Norzizi Zulkifli ketika dihubungi oleh murai.com.my
Sementara itu, penerbit CTRA Produksi, Siti Rohayah Atan berkata pemilihan Norzizi amat bersesuaian untuk menggantikan pelakon Khatijah Tan yang pada saat akhir memberitahu tidak dapat memberikan komitmen kepada teater tersebut.
"Selepas sidang media pertama teater Mak Dara Nyonya pada bulan Mei lalu Khatijah Tan terpaksa memberitahu bahawa dia tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam teater ini kerana jadualnya bertindih dengan komitmen lain.
"Jadi, saya terus tidak membuang masa untuk mencari penggantinya. Saya tak fikir panjang kerana secara tidak langsung pada masa itu saya terus teringatkan Norzizi yang kebetulan sudah lama tidak berlakon teater. Lagipun saya tahu dia mampu membawa watak Keponakan A ini.
"Saya juga sarankan dia supaya bawa watak itu mengikut kesesuaian serta kemampuannya sahaja. Saya tahu setiap orang ada cara serta pendekatan mereka masing-masing. Pasti kelainan ini akan membuatkan orang tak sabar untuk menontonnya.
"Ditambah pula dengan pelakon yang pertama kali berlakon teater iaitu Farah Fauzana, saya rasa teater ini akan nampak lebih interesting dan fresh untuk tontonan kelak," jelas Rohayah Attan ketika dihubungi muria.com.my.
Selain Farah Fauzana dan Norzizi, beberapa pelakon popular yang menjayakan teater ini ialah Misha Omar, Sarimah Ibrahim, dan Sherry Syed Abdullah manakala Juhara Ayob mengalas tanggungjawab melakonkan watak Mak Dara.
Teater di bawah kerjasama Matic dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu mengisahkan dua kisah tetater iaitu dari teater Nyonya dan gabungan kisah tentang perjalanan dan kesengsaraan hidup pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah.
Tiket untuk menyaksikan Teater Mak Dara Nyonya ini boleh didapati dengan harga RM32, RM52 dan RM82. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-41478600 begin_of_the_skype_highlighting 03-41478600 end_of_the_skype_highlighting , 012-2977220 begin_of_the_skype_highlighting 012-2977220 end_of_the_skype_highlighting dan 013-6293825 begin_of_the_skype_highlighting 013-6293825 end_of_the_skype_highlighting .
Nota: Itu rambut palsu, OK, bukan rambut Zizie. Berpenat lelah team tatarias menyediakan rupa ini. Apa-apapun, kami berbangga ianya nampak begitu 'real'.

No comments:
Post a Comment